Pasar Maeklong ini terletak betul-betul di laluan kereta api yang dilewati oleh kereta api sekurang-kurangnya 8 kali sehari! Pasar Maeklong berada di Samut Songkhram, sekitar 60 km sebelah barat Bangkok, Thailand. Setiap hari peniaga setempat menjaja buah-buahan seperti laici, durian, dan mangga, sayuran, berbagai makanan laut, berbagai macam rempah, sehinggalah ke makanan eksotik yang menarik pelancong seperti sate katak goreng.
Siren akan dibunyikan bagi menandakan bahawa kereta api akan melalui kawasan itu. Kereta api berjalan sekitar 20 km/jam lalu beberapa peniaga menyelamatkan barang jualan agar tidak dilanggar kereta, namun nampaknya kereta api tersebut sempat melanggar beberapa bahan jualan yang tidak sempat diselamatkan.
Ketika kereta sudah melaluinya, semuanya kembali seperti sediakala seolah-olah seperti tiada kejadian yang berlaku dan semuanya itu berlangsung setiap hari, 8 kali sehari.
Tengok Video kat Bawah ni ^_~
sumber
0 comments:
Post a Comment